CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 18 September 2008

Adakah KERAJAAN semakin terTEKAN?

KERAJAAN AKAN LIHAT SUASANA NEGARA SEBELUM AMBIL TINDAKAN KE ATAS ANWAR
2.45 petang, 18 September 2008

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan memantau keadaan dan suasana dalam negara termasuk tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengambil sebarang tindakan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata keselamatan dan ketenteraman awam penting bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan mana-mana pihak yang cuba menjejaskannya boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai agar jangan membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai tindakan kementeriannya.

“Lebih baik kita tengok suasana...bila tiba masanya jika perlu ambil tindakan kita akan ambil tindakan, tapi jangan buat spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata Anwar kini sudah menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

“Kita akan melaksanakan tugas untuk memerintah dan mentadbir sebagai mandat yang diberikan kerajaan. Apa tindakan yang akan kita ambil, kita akan ambil bila tiba masanya tapi saya tidak mahu bincangkan perkara ini sebelum masanya tiba dan perkara itu berlaku,” kata Syed Hamid.

Syed Hamid berkata tidak ada keperluan untuk membincangkan perihal Anwar setiap hari seolah-olah Malaysia ditadbir dan dikawal oleh Anwar.
“Kita tidak perlu tiap-tiap hari bincang mengenai ketua pembangkang itu banyak lagi benda-benda yang boleh kita buat,” katanya.

Mengenai penahanan penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz di rumahnya di Demit, Kota Baharu mengikut Akta Hasutan semalam, Syed Hamid berkata ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pegawainya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika ditemui pada majlis yang sama, Ismail berkata bagaimanapun, beliau belum melihat laporan tersebut.

Semalam, Teresa melalui peguamnya Sankara Nair membuat laporan polis dan menyaman akhbar Utusan Malaysia, Pengarangnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo kerana memfitnahnya berkaitan isu larangan azan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. - Bernama

Saturday 13 September 2008

Merintis Kehidupan (Lagu Nasyid Kelas Ko-K)

Kuntum kapas mekar berseri
Putih bersih tanpa dinodai
Patah dari tangkainya gugur dirimbunan
Merintis kehidupan sendirian

Siapalah aku didunia ini
Tanpa bimbingan tanpa haluan

Oh seksanya...
Jalan ku lintasi
penuh onak racun berduri

Sudah lama berterbangan di awan
Mencari arah untuk bertahan
Mungkinkah hinggap atau bertaburan
Lumrah hidup dipersimpangan

* Kiri atau ke kanan
Hendak ku tujui
Satu persoalan
Penuh onak dan duri
Terpaksa ku lalui
Walau apa terjadi
Ku kan terus tempuhi

KepadaMu... Ya ALLAH
Kepadamu... Ya Rasul
Kami pohon kesyukuran
KepadaMu... Ya ALLAH
Kepadamu... Ya Rasul
Keberkatanmu, keampunanmu
Kesempurnaan ummah semua

Mengapakah jadi begini
Mengembara dari hari ke hari
Kadangkala hairan sendiri
Tersedar berkeadaan bermimpi
Hanya satu arah
Jalan kehidupan
Yang akan menjamin kebahagian
Jalan ke akhirat
Jalan berkekalan
Kepada insan yang beriman

Serahkan diri kepada Ilahi
Kerjakanlah suruhanNya
Carilah cahaya keimanan
Penerang rohani dan jasmani

Monday 1 September 2008

Di Meja Ini...

Di Meja Ini


Di meja ini
ku ternanti tanpa bicara
mengenang diri petaka melanda,
Namun apakan daya
Qada’ yang Esa ku terima jua

Di meja ini
diamku termanggu mengimbas duka
petaka ini membawa cerita
terkandas diri bersama cita
yang mampu mengubah semua

Di meja ini
ku cuba selagi terdaya
mengangkut diri membuang duka,
Tapi tidak berdaya
kerna roda itu tiada bertayar

Di meja ini
juangku terus ke sisa
walau ku tahu ia tak seberapa
kerna masih ada rasa percaya
di dalam jiwa yang berduka


Ierwan Ismail, 3 Mei 2008 – Bangunan Peperiksaan,UMKL

Amal Makruf Nahi Mungkar...


Hanya 'Amar Makruf Nahi Mungkar' boleh cegah jenayah - Guan Eng

PERMATANG PAUH, 1 Sept (Harakah) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan.

Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur.

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.

Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.

Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat.

Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat.

"Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerintahan.

Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.

Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul. Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki.
Sumber : harakahdaily.net